Dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal
Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas
langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke
atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga
kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam
Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang
Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.
Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah
orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula
ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw,
diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu
yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan
kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar
kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut
hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal
setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg
terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus
dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada
dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di
Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun
dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan
hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis
riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi
ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg
pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah
sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw!
Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka
masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan
apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah
misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah
seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis
hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan.
Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah
Dajjal:
Dajjal telah
diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan
ada bersama dengannya.
Benda-benda
beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu
oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama
hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3
dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan
dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan
org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan
oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka
akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir
itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
- Ada bersamanya seumpamanya
Syurga dan Neraka:
Di antara
ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan
juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk
menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg
kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan
yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga
akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.